Senin, 19 November 2007

Artikel ku

Jika diperhatikan kebelakangan ini, bidang pendidikan di Malaysia sudah pun melangkah ke hadapan dengan menggunakan elemen-elemen ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran. Usaha ini dikuatkan lagi dengan adanya projek Multimedia Super Corridor (MSC) oleh kerajaan Malaysia. Salah satu flagship yang terdapat di dalam MSC adalah projek Smart School.Smart School menggunakan kaedah pembelajaran terkini yang dijalinkan dengan elemen-elemen ICT seperti Internet, CD-ROM, dan Multimedia. Dengan elemen-elemen baru ini diharapkan supaya pembelajaran di sekolah akan menjadi lebih menarik dan lebih berkesan. Persoalannya, bagaimana hendak menjadikannya sebagai satu kaedah tambahan yang berkesan di dalam kurikulum pendidikan? Apakah itu multimedia? Baguskah program yang digunakan? Multimedia, jika dilihat daripada segi bahasa membawa maksud ‘banyak media’ atau ‘pelbagai media’ – biasanya terdiri daripada teks, grafik, audio, video, dan animasi. Sebagai contoh, sebuah laman web statik boleh dikira sebagai sebuah multimedia kerana menggunakan teks dan grafik. Walaubagaimana pun, multimedia lebih kerap digunakan kepada web atau CD yang mempunyai audio, animasi dan video. Satu kemahiran yang tinggi diperlukan bagi menggabungkan pelbagai media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya dalam bidang pendidikan. Ini kerana aspek-aspek seperti rekabentuk grafik, pemilihan audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai, dan bermacam-macam lagi perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia. Sekiranya sebuah CD pembelajaran untuk peringkat sekolah rendah dibuat dengan persembahan yang terlalu serius tanpa menggunakan elemen-elemen yang disukai oleh kanak-kanak, sudah tentu CD tersebut tidak akan berupaya menarik minat pelajar semasa pembelajaran. Sebuah produk multimedia juga seharusnya menggunakan pelbagai media bagi menjadikannya lebih menarik. Ianya perlu disulami dengan penggunaan audio bagi bahagian tertentu, video bagi bahagian yang lain, animasi atau simulasi bagi menjelaskan sesuatu yang kompleks, dan illustrasi grafik bagi sesuatu yang memerlukan imaginasi. Seorang pembangun atau perekabentuk multimedia harus bijak dalam merancang hasil produknya.Penggunaan multimedia di dalam bidang pendidikan seharusnya tidak mendominasi kurikulum sedia ada tetapi ianya dijadikan sebagai bahan tambahan yang memperkukuhkan lagi kurikulum. Tenaga pengajar patut menyelitkan multimedia di dalam setiap subjek yang diajar oleh mereka. Kesemua subjek di sekolah boleh disampaikan menggunakan produk multimedia. Jika tidak terdapat di pasaran mungkin tenaga pengajar tersebut boleh membangunkan sendiri satu persembahan multimedia ringkas dan khusus untuk kelasnya sendiri. Sebagai contoh satu siri cerita pendek yang dibuat secara multimedia boleh dipaparkan kepada pelajar Pendidikan Moral. Mungkin siri tersebut boleh menggabungkan elemen kartun statik, audio, dan teks. Untuk membangunkan sesebuah produk multimedia untuk tujuan pendidikan, terdapat beberapa bidang khas yang diperlukan semasa membangunkannya. Subject Matter Expert (SME) diperlukan untuk menghasilkan silibus keseluruhan sesuatu subjek dan SME akan menjadi pakar rujuk bagi subjek tersebut semasa pembangunan produk tersebut. Kemudiannya, Instructional Designer (ID) diperlukan bagi mengolah silibus yang telah dihasilkan oleh SME tadi kepada sesuatu yang berguna di dalam format multimedia. ID akan menyusun secara kreatif topik pembelajaran dan isi kandungannya. Pada tahap ini, ID akan menentukan bagaimana isi kandungan subjek tersebut akan dipersembahkan di dalam produk multimedia. Biasanya ID akan berbincang dengan SME, Graphic Designer dan Programmer/Developer.Graphic Designer (GD) bertanggungjawab merekabentuk produk tersebut dari segi paras rupanya dan persembahan multimedianya. Di sini kreativiti yang tinggi diperlukan bagi menghasilkan sesuatu yang menarik, tersusun dengan kemas dan sesuai dengan target audiencenya. GD pada kebiasaanyya akan bekerja rapat dengan ID.Multimedia Programmer/Developer akan menggabungkan segala apa yang telah disiapkan oleh GD untuk proses yang terakhir iaitu merealisasikan produk. Pelbagai perisian yang biasa digunakan antaranya Macromedia Authorware, Macromedia Director, Macromedia Flash, Multimedia Toolbook dan banyak lagi. Di peringkat ini, mereka akan memasukkan function atau script yang perlu bagi menghidupkan isi kandungan produk tersebut.Setelah siap sesuatu produk, ianya akan diuji beberapa peringkat dan cara sebelum dipakej dan dipasarkan

Tidak ada komentar: